Terms & Conditions

  1. Apakah fungsi laman web littlekawaii.my
    Laman web littlekawaii.my berfungsi untuk membolehkan pembeli mendapatkan barangan produk barangan baby dan kanak-kanak secara ONLINE.

  2. Bagaimanakah pembelian ONLINE di littlekawaii.my ini berfungsi?
    Laman web littlekawaii.my akan bertindak seperti jurujual. Setelah itu, pembeli boleh memilih produk yang diminati, memasukkan nama dan alamat untuk proses penerimaan produk dan kemudian membuat pembayaran. Kesemua maklumat pembelian akan diproses oleh Little Kawaii dalam kadar segera dan kemudian produk anda akan dihantar kepada pembeli menggunakan Pos Laju.

  3. Bagaimana untuk saya membuat pembayaran di littlekawaii.my?
    Little Kawaii menerima pembayaran melalui BILLPLZ dan Bank Transfer sahaja.

  4. Berapa lama masa yang diambil littlekawaii.my untuk menghantar produk kepada pembeli?
    Produk akan diproses dalam masa 24 jam (hari bekerja) selepas pengesahan pembayaran dan dihantar menggunakan Pos Laju yang akan mengambil masa 3 hingga 5 hari berkerja. Selepas membuat penghantaran, pihak Little akan menghantar email yang mengandungi no. tracking kepada pelanggan dalam masa 24 jam (hari bekerja) selepas penghantaran dibuat. Status terkini penghantaran boleh dirujuk di website Pos Laju dengan menggunakan no tracking yang dibekalkan.
    .
    Semak di sini: http://www.poslaju.com.my/track-trace/

  5. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima PRODUK yang saya beli?
    Sila maklumkan kepada Little Kawaii sekiranya anda tidak menerima produk yang dibeli dalam tempoh 7 hari bekerja selepas pembayaran dilakukan. Kami akan menyemak maklumat anda dalam kadar segera samada ianya disebabkan oleh kecuaian Little Kawaii atau kelewatan oleh Pos Laju.

  6. Berapakah kos penghantaran produk di littlekawaii.my?
    Kos penghantaran produk-produk yang dibeli di littlekawaii.my adalah berdasarkan kadar berat mengikut jenis produk atau kondisi barang tersebut.

  7. Semasa POS LAJU membuat penghantaran, saya tiada dirumah dan mendapati pihak POS LAJU tidak meninggalkan apa-apa nota untuk dirujuk. Apa yang harus saya lakukan?
    Pertama sekali, sekiranya pelanggan tidak mendapat pesanan dalam masa jangkaan normal iaitu 3-5 hari bekerja, pelanggan disarankan untuk menghubungi pihak Little Kawaii bagi memaklumkan perkara tersebut. Ini kerana kebiasaanya pihak POS LAJU tidak memaklumkan status penghantaran mana-mana pesanan kepada kami dan ianya mengambil masa yang lama untuk sesuatu bungkusan kembali ke pejabat kami sebagai barang yang tidak dituntut. Dalam kes ini, pihak Little Kawaii tidak akan menanggung kos penghantaran kali kedua sekiranya barang yang dihantar kembali ke HQ kami sebagai barang yang tidak dituntut (atau sebab-sebab lain yang disebabkan oleh kecuaian pelanggan)

  8. Apa itu BillPlz?
    BillPlz ialah perkhidmatan pihak ketiga yang akan memproses pembayaran samada menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, dan juga membayaran menggunakan bank tempatan seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan perkhidmatan yang menggunakan saluran FPX yang lain. Oleh itu, transaksi yang menggunakan perkhidmatan BillPlz akan mencatatkan BillPlz sebagai penerima bayaran pada statement pembayaran (samada pada statement kad kredit mahupun resit transaksi bank).
    BillPlz juga bertanggungjawab memastikan perjalanan sebarang transaksi dan transmisi data pelanggan ketika membuat pembelian online di littlekawaii.my adalah dalam keadaan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.